07 January 2012

Kalau takut tua jangan sertai Ham Radio

Dalam Ham Radio panggilan Pak dan Kak masing-masing untuk kaum lelaki dan perempuan bukanlan menggambarkan usia sesaorang. Ianya tak lebih sebagai nama hadapan kepada sesaorang seperti Encik bagi lelaki dan Cik bagi perempuan.

Panggilan ini adalah satu amalan di dalam Ham Radio atau Radio Amateur  dan menampakkan satu keseragaman di dalam satu kelompok pengamal Radio Amateur. Akhir-akhir ini perspektif ini telah disalah tafsir oleh segelintir rakan ham di Kelantan khususnya dan Malaysia am nya.

Berbagai pendapat kedengaran, ada yang mengatakan Pak itu tua lah, saya masih remajalah dan lain-lain alasan yang remeh temah. Maka dijenamakan sendiri oleh insan yang kreatif dengan berbagai panggilan yang menimbulkan satu kecelaruan pada rakan-rakan yang ingin menceburi dalam Ham Radio (rakan baru).

Sebenarnya saya mempunyai dua orang harmonik yang mempunyai AA. Saya berpesan kepadanya supaya menggunakan bahasa Pak atau Kak semasa QSO walau pun usianya masih muda remaja. Terimalah hakikat panggilan pak kepada kita itu bukanlah ejekan kepada usia kita yang tua atau pun muda, ianya sebenarnya suatu penghargaan atau pun pengiktirafan kepada kita sebagai pengamal Radio Amateur di Malaysia mahu pun di Nusantara.

Pandangan saya secara peribadi seandainya anda takutkan kepada tua dengan pangilan Pak di dalam QSO di Radio Amateur. Bagi yang ingin menceburunya lebih baik batalkan hasrat anda dan bagi yang mengamalkannya seeloknya disimpan atau dijualkan sahaja radio anda. Maaf rasanya mungkin ada yang bercaggah pendapat dengan saya. Demi untuk keseragaman di dalam QSO terpaksa saya coretkan juga di dalam blog ini walau pun telah beberapa kali  ditangguhkan hasrat saya ini sebelum membuat tindakan yang agak drastik ini.

Jadi sebagai satu rumusan silalah kekalkan pangillan asal yang telah diamalkan oleh datuk nenek kita sebelum ini dengan satu panggilan sahaja iaitu PAK dan KAK masing-masing untuk lelaki dan perempuan tak kiralah sama ada usia anda empat belas tahun atau lapan puluh tahun. Dengan ini nampaklah pengamal Radio Amateur di negara kita ini mempunyai keseragaman dan bersatu hati di dalam segala hal untuk melayari kehidupan ini.




08 December 2011

Gerhana Bulan

Jikalau anda mahu melihat gerhana bulan bolehlah bersedia pada hari sabtu 10 Dis 2011 sekitar jam 10.00 malam insyaalah. Kiraan ini bagi Semenanjung Malaysia, sekiranya anda dapat melihatnya bagi umat islam adalah disarankan supaya mengerjakan solat gerhana dan bagi bukan islam buatlah apa yang patut

08 November 2010

Sejarah Pembangunan Setalite.

Sejarah Pembangunan Setalite Sistem Penentududukan.

Sejarah dunia telah berubah apabila Soviet Union telah berjaya melancarkan sebuah setalite yang pertama dan diberi nama Sputnik pada 4 Oktober 1957. Ianya berbetuk sebuah bola yang bergaris pusat sepanjang 58 cm atau 22.8 inci dan seberat 83.6 kg atau 183.9 pound. Masa yang diambil untuk meletakkannya pada orbit adalah selama 98 minit. Ini adalah kejayaan baru dalam perlumbaan angkasa lepas dengan Amerika yang mana boleh mempengaruhi system politik, ketenteraan dan teknologi pada masa itu.

Setalite Sputnik


TRANSIT
telah dibangunkan oleh Applied Physics Laboratory (APL) Johns Hopkins University untuk Tentera Laut Amerika selepas beberapa hari pelancaran Sputnik pada 4 Oktober, 1957, APL terdiri dari George Weiffenbach dan William Guier mampu menentukan orbit Sputnik dengan menganalisa anjakan Doppler dari isyarat-isyarat radionya dalam satu laluan tunggal . Frank McClure, pengerusi APL ' Research Center, membuat rumusan bahawa jika kedudukan satelit dapat dikenal pasti dan boleh diramalkan, maka anjakan Dopplernya boleh digunakan untuk mengesan kedudukan objek di muka bumi.

Pembangunan sistem TRANSIT bermula dalam 1958 dan satu model satelit perintis iaitu Transit 1A telah dilancarkan pada September 1959. Satelit itu gagal untuk mencapai orbit. Setalite kedua iaitu Transit 1B telah berjaya dilancarkan pada 13 April 1960 dengan menggunakan roket Thor-Ablestar.

Satelite Transit



NAVSTAR
adalah System Navigation menggunakan Timing And Ranging.

Reka bentuk 24 setalite dalam enam orbit telah di wujudkan oleh Amerika Syarikat pada tahun 1973 dan satelit pertama telah dilancarkan dalam 1978.


Orbit Setalite


Satelit-satelit NAVSTAR mengelilingi Bumi dua kali sehari. Sekurang-kurangnya empat setalite berada dalam empat sukuan pada setiap masa untuk memancarkan isyarat ke permukaan bumi.

Setalite NAVSTAR


Pada tahun1994 satu gugusan sebanyak 24 satelit telah diwujudkan yang mana dapat membantu dalam menentukan kedudukan di muka bumi dan NAVSTAR beroperasi sepenuhnya pada April 1995. Presiden Bill Clinton mengisytiharkan GPS boleh digunakan untuk dua tujuan iaitu untuk kegunaan awam dan ketenteraan pada tahun 1996.

Pada tahun 1997 perancangan permodenan GPS telah bermula, dimana sistem GPS telah di aplikasikan bagi tujuan survey dan maping dan lain-lain kegunaan dengan bagitu meluas sekali,

Semua gambar ehsan dari NASA

05 November 2010

GPS

GPS

Sistem Penentududukan Global (GPS) adalah satu system mementu kedudukan di muka bumi menggunakan frekuensi radio yang dipantulkan oleh gugusan setalite yang berlegar dalam orbitnya di angkasa lepas .

Pergerakan di atas orbitnya dipantau sepenuhnya oleh rangkaian stesyen darat yang berada di beberapa lokasi di bumi. Bilangan minima setalite GPS adalah sebanyak 24-27 unit dan berada pada orbitnya pada altitude 20200 km.

Ia boleh bekerja dalam semua keadaan cuaca dalam masa 24 jam sehari. Cara menentukan kedudukan dikira berdasarkan pada halaju dan masa atom setalite.



15 October 2010

Cavity

CAVITY DAN DUPLEXER
Akhir-akhir ini pengulang bercambah bagitu pesat di Kelantan, seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Syabas di ucapkan ini adalah salah satu cabang bagi meluaskan lagi rangkaian jaringan komunikasi untuk radio amatur tapi kerana keghairahannya menjadikan terlupa tentang berlakunya gangguan frekuensi dalam radio amatur.

Gangguan yang dapat dikesan adalah pada frekuensi radio amatur sahaja kerana kita monitor pada jaluran ini, tapi pada jaluran lain bagaimana? Seperti pager, di luar jaluran amatur dan lain-lain. Kita tidak tahu kerana kita tidak monitor di sana atau pun tak pernah sama sekali.

Pada pendapat saya cavity adalah pelanggkap di dalam pembinaan sebuah pengulang di samping itu duplexer adalah aksesorinya. Mungkin kita terlupa mengenainya tapi yang sebenarnya ianya amat penting dalam pembinaan pengulang demi untuk mengelakkan dari berlakunya gangguan frekuensi.

Untuk membeli yang telah siap agak mahal juga dan untuk membuatnya agak sukar kerana ianya memerlukan sedikit kemahiran di dalam penggunaan peralatan elektronik seperti ossiloscope, signal generator, frekuensi counter dan lain-lain.

Sebenarnya itu tidak menjadi penghalang, pengamal radio amatur boleh membuatnya kerana motonya adalah ujikaji dan perlaksanaan. Dalam kelompok radio ham mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang apa salahnya duduk semeja dan berbincang dalam proses membuat sebuah cavity (penapis frekuensi)


Penapis frekuensi (cavity) ialah litar asas sebelum Duplexer dan litar salun ditala dengan lebih tepat supaya ianya membenarkan hanya frekuensi-frekuensi tertentu untuk melepasinya. Pada umumnya, penapis jenis ini lebih dikenali sebagai penapis takik.

Secara fizikal tabung penapis (cavity) adalah sebuah alat resonans, di dalam satu tabung terdapat gandingan gelung-gelungnya pada input dan output, seperti berikut:

Tabung ini biasanya dibina dalam bentuk silinder, dengan satu paksi yang bertugas sebagai kapasitor boleh ubah.

Gambarajah litar

Dalam gambar rajah di atas satu litar tertala dibentuk oleh L1 and C1 yang mana tabung dan rod paksi yang menjadi kapasitor boleh ubah dalam satu siri LC dan digandingkan denganL2 and C2.

Apa peranan tabung penapis (cavity) boleh lakukan?

Tabung penapis mempunyai dua bahagian:

* untuk membenarkan frekuensi yang diingini
* untuk menolak kesemua
frekuensi-frekuensi tidak diingini semaksima mungkin

Tabung penapis biasanya disusun secara bersiri di antara satu sama lain bagi meningkatkan lagi keberkesanannya di mana frekuensinya menjadi lebih jitu dan dapat mengelak dari mengganggu dan diganggu oleh frekuensi dalam spectrum yang sama di sekitarnya. Ini amat penting apabila pengulang radio amatur berada berhampiran di antara satu sama lain.

Apa itu pendupleks?

Pendupleks ialah satu kelompok penapis dihubung serentak di dalam satu pengulang. Dengan kata lain perkongsian satu antenna dalam satu sistem pengulang. Dua sambungan antena pada satu pengulang boleh berhubung kait di antaranya supaya dapat bekerja pada antenna yang sama, pada frekuensi yang berbeza,

Bolehkah penapis lain digunakan untuk duplexers?


Ya, Penapis Hybrid Ring boleh digunakan untuk tujuan ini, tetapi jarang sekali di gunakan untuk radio amatur.